:: caught in action..::

October 16, 2009 at 4:14 pm | Posted in family | Leave a comment

Hisap jari normal!!!

Anda tidak perlu risau jika bayi anda mempunyai tabiat suka menghisap jari, tangan…atau kaki!!

Mungkin anda risau tabiat menghisap jari atau tangan itu akan berlanjutan sehingga boleh mendatangkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusinya. Setiap bayi sebenarnya mempunyai sifat ingin menghisap secara semula jadi. Didapati, keinginan untuk menghisap paling tinggi antara satu hingga satu setengah jam selepas bayi dilahirkan. Atas alasan itulah, anda digalakkan memulakan penyusuan susu ibu seawal yang mungkin. Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal. Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun.

Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun. Kajian mendapati antara 85 dan 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini..

Jadi, tiada apa yang perlu anda khuatirkan bukan?

Ketahui maklumat lanjut tentang tabiat anak anda yang suka menghisap jarinya menerusi URL http://www.aboutourkids.org

Sumber : momslittleones.com/shop/download/feb.pdf

Regards,
Mohd Rashdan Topa
Photojournalist
Tel : +6013 747 3095
E-mel : tnadhsar@hotmail.com
Personal photoblog : http://rashdantopa@wordpress.com

sotwp

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: